//Forever Imperfect
TIPS UNTUK KURUSKAN BADAN (!)

Saturday, June 4, 2011 @ 12:42 AM | 0 Comment [s]

okeh . hari ni tetibe cm nak wat entry sal kuruskan badan . ekceli , aku pOn bukan kurus sgt . juz nk kongsi-2 ngn korang jehh :) . meh usya .





Ambil sarapan pagi

Jangan biarkan perut kosong pada waktu pagi. Sarapan adalah wajib. Kalau pagi perut kosong, makan tengahari pasti akan balas dendam. Kalau sarapan pagi diambil, perut boleh bertahan dan takdelah makan tengahari nanti makan dalam kuantiti yang banyak. Ambil sarapan pagi yang ringan contoh macam biskut cream creaker dengan minuman oat, roti, ataupun kuih muih.

Jangan makan jajan/fastfood

Jajan (makanan ringan) tak bagus untuk kesihatan. Selain menggemukkan, MSG dan bahan pewarna ia sangat merbahaya. Kalau ada terasa macam nak makan ia, pergi berus gigi atau makan gula getah yang berperisa mint! Sebab ia akan membantutkan selera dan melekakan sebab ia liat. Kunyah la sampai 2 3 hari ia tak akan lumat! hehee

Elak minuman bergas

Tahu tak minuman dalam tin yang bergas itu kebiasaan mengandungi 7-8 sudu gula! haaa.. tak percaya? inilah hakikatnya. Memang tak baik untuk kesihatan. Sikit hari lagi boleh dapat kencing manis! tahniah.

Makan sayuran

Lebihkan sayuran dalam pemakanan. Memang sayur tak sedap tetapi ia sangat di perlukan tubuh! Sayur banyak khasiatnya. Lagi pahit ia, semakin bagus. Cuba-cubalah memakan peria katak, atau apa-apa je yang pahit! Ia berkesan!

Kurangkan minyak

Jangan masak dengan minyak yang banyak. Elakkan juga selalu makan yang bergoreng. Minyak masak banyak kolestrol! ia akan lebih cepat membuat berat badan anda naik mendadak pastu susah nak turun balik.

Minum 8 gelas

Air mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu badan menghapuskan
simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan yang berat-berat, cuba minum air, pasti lepas itu tidak akan makan dengan banyak.


Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Hii and Assalamualaikum. Thanks ya for coming into my blog. Btw, I'm Faten Aishah. INSTA: fatenaishah TWITTER: @atenloll FACEBOOK: Faten Aishah
MUHAMMAD NOOR SYAHIN BIN DULBAHRIN :*


Navigations!

Diary About Stuff Site


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Faten Aishah

Best View at GOOGLE CHROME!